Search This Blog

Tuesday, 31 July 2012

Visi Misi dan Matlamat

Visi
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
Misi
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat
Matlamat Pusat Sumber Sekolah
         Matlamat Pusat Sumber Sekolah ( Anjung Ilmu ) adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
         Ianya adalah bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju. Pusat Sumber Sekolah juga mempunyai matlamat untuk merealisasikan potensi positif dan individu pelajar sebagai generasi berilmu, berketrampilan dan berkeupayaan untuk kemakmuran dan pembangunan negara.

Objektif

  1. Meningkatkan mutu pendidikan dengan kegiatan berpusat kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  2. Menyebarkan maklumat, pengetahuan dan inovasi proses pengajaran dan pembelajaran.
  3. Menjadikan pusat rujukan, penghasilan dan perkhidmatan sumber kepada guru dari masa ke semasa.
  4. Mempertingkatkan ketrampilan guru-guru melalui program latihan dalam perkhidmatan selaras dengan perkembangan moden kaedah mengajar.
  5. Membina budaya membaca di kalangan pelajar.
  6. Membentuk pelajar yang sentiasa cintakan buku.
  7. Menyediakan pelbagai program kepada pelajar yang menjurus kepada perubahan sikap, berketrampilan dan aktif dalam ko-kurikulum.

Pusat Sumber Sekolah : SK Sentul (1)





Pintu masuk Anjung Ilmu


  ANJUNG ILMU (PSS)

Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sekolah Kebangsaan Sentul (1) mula beroperasi pada bulan Mac 2004. Di bangunan baru ini, prasarana dan kemudahan yang disediakan adalah lebih lengkap dan teratur. Terletak di tingkat 2 dan 3 di Blok B iaitu Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah. Pusat Sumber Sekolah telah dibahagikan kepada beberapa bahagian utama iaitu:
  1. Ruang Bacaan Umum
  2. Buletin dan Majalah,
  3. Sudut Bacaan Guru
  4. Sudut Bercerita
  5. Sudut Perbincangan 
  6. Ruang NILAM
  7. Bilik Media 
  8. Bilik PPSMI.